Allah in my heart...

Allah in my heart...

Jumaat, 3 September 2010

Perkataan pinjaman dalam Bahasa Melayu

Artikel/kertas kerja ini adalah hakmilik Relexjap. – Lincahtaiping

—–o0o—–

1. Pendahuluan

Tujuan kertas kerja ini merupakan percubaan untuk memahami
masyarakat,kebudayaan dan sejarah Dunia Melayu mengandungi negara-
negara Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Brunei dan Indonesia
melalui analisa tentang unsur-unsur perkataan pinjaman dari bahasa
luar dalam bahasa Melayu moden.

Analisa kata-kata asing dalam bahasa Melayu agaknya menunjukkan salah
satu proses pembinaan tamadun Melayu. Dari segi pandangan
tersebut,kertas kerja ini cuba menjelaskan sifat-sifat bahasa dan
budaya Melayu dan juga terutamanya masyarakat Malaysia sehingga
kepada pembentukannya sekarang.

Oleh yang demikian,bahasa Melayu boleh dianggap sebagai salah satu
kunci untuk memafami faktor-faktor yang meringkaskan intisari
kebudayaan dan sejarah Dunia Melayu. Ini adalah kerana bahasa Melayu
pernah memainkan peranan penting sebagai bahasa rasmi di Nusantara
sejak masa lampau sehingga sekarang.

2. Jumlah,sumber dan kadar perkataan pinjaman dalam bahasa Melayu

Untuk mengkaji kata-kata pinjaman dalam bahasa Melayu,kosa kata yang
terdapat dalam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
dipandukan untuk menentukan jumlah,sumber dan kadar kata asing dalam
kertas kerja ini.Hasilnya seperti di bawah.

(Jumlahnya berasaskan bilangan kata-kata dasar yang dimuatkan dalam
Kamus Dewan.)

*Jumlah Kata Pinjaman : 10,062

Sumber Jumlah Kadar

Bahasa Inggeris 2,381 23,7%

Bahasa Arab 1,791 17.8%

Bahasa Jawa 1,482 14.5%

Bahasa Belanda 1,387 13.8%

Bahasa Minangkabau 1003 10.0%

Bahasa Jakarta 920 9.1%

Bahasa Sanskrit 490 4.9%

Bahasa Cina 188 1.9%

Bahasa Sunda 90 0.9%

Bahasa Portugis 83 0.8%

Bahasa Parsi 81 0.8%

Bahasa Tamil 57 0.6%

Bahasa Hindu 57 0.6%

Bahasa Jepun 16 0.2%

*Bahasa Lain 36 0.4%

*Kadar jumlah kata pinjaman terhadap jumlah kata dasar ialah
35%.(Jumlah kata dasar dalam kamus tersebut merupakan 28,651)

*Bahasa Lain : Bahasa Palembang(11), Bahasa Latin(8), Bahasa Bali
(4),Bahasa Turki(3), Bahasa Rusia(3), Bahasa Aceh(2), Bahasa Perancis
(1), Bahasa Padang(1), Bahasa Sepanyol(1), Bahasa Korea(1), Bahasa
Thai(1)

Terutamanya,untuk menyatakan bahasa sumber kepada kata-kata
tersebut,beberapa buah kamus bahasa Melayu dan Indonesia dan juga
tesis berkaitan tema yang sama dirujuk di samping Kamus Dewan.

Tetapi dalam kertas kerja ini keterangan etimologi tidak diberikan
selengkapnya.Kebanyakan perkataan pinjaman hanya dihitungkan menurut
kata yang sudah berlabel bahasa sumber dalam kamus sebagai kata yang
masih ada sifat-sifat keasingannya.

Oleh itu,tujuan kajian ini tidak menjelaskan bahasa sumber kata
pinjaman dengan tepat kerana takrif mengenai peminjaman leksikal
sukar ditentukan.Tetapi tesis ini mencuba menganalisa latar-belakang
unsur-unsur perkataan luar dari bahasa asing ke dalam bahasa Melayu
untuk memafami sejarah dan ciri-ciri masyarakat Melayu terutamanya
Malaysia.

3. Penganalisa unsur-unsur perkataan pinjaman dalam bahasa Melayu.

Di bab ini, penulis menganalisa kata-kata asing yang tergolong
menurut bahasa asal-usul masing-masing dan mempertimbangkan hubungan
antara masyarakat Melayu dan kebudayaan luar melalui hasil analisa
tersebut.

3.1. Perkataan pinjaman dari bahasa Sanskrit

Penghijrahan orang dari India ke Dunia Melayu telah mempengaruhi
perubahan masyarakat tempatan berabad-abad lamanya sejak dari kurun
pertama Masihi. Mereka membawa bukan sahaja agama Budha dan Hindu
tetapi juga pemerintahan beraja, kesusasteraan, geografi,hukum,ilmu
nujum,ubat,seni pahat,pengolahan logam,kain sutera dan sebagainya.
Perkara itu memberi faedah yang penting kepada dunia Melayu. Oleh
yang demikian,beberapa faktor yang berkaitan boleh dijumpai dalam
perkataan bahasa Sanskrit yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu.

Sebahagian perkataan berasal dari bahasa Sanskrit boleh dibahagikan
kepada tiga bidang, iaitu “konsep kewujudan”,”pembentukan pertubuhan
sosial kelas” dan “permulaan perdagangan”.

Mengenai “konsep kewujudan”, banyak perkataan yang menyatakan agama
,alam dan falsafah boleh ditemui dalam kata-kata pimjaman dari bahasa
tersebut. Oleh sebab itu kita mengagak bahawa masyarakat Melayu telah
menerima pengetahuan seperti itu dari kebudayaan India. Tentang
“pembentukan pertubuhan sosial kelas”, ketika bahasa Sanskrit
mendatangi dunia Melayu, perubahan penting terjadi dalam masyarakat
Melayu.Pendek kata,kedua-dua kelas yang memerintah dan kelas yang
diperintah telah diformasi pada masa itu. Yang ketiga, berkaitan
“permulaan perdagangan”, perdagangan antarabangsa di kalangan dunia
Melayu dan India bermula dan ramai pedagang dan tentera melawati ke
sana. Sejak itulah dunia Melayu dikatakan mencebur diri ke zaman
perdagangan. Untuk melakukan perdagangan tersebut, kota dan bandar
dibentuk dan dibangunkan di beberapa tempat di kepulauan Melayu
sebagai pengkalan pertukaran dengan negara luar Nusantara.

Menurut perkembangan perdagangan,persalinan perseorangan pun semakin
meningkat dan juga bukan sahaja dari segi material tetapi juga bahan
perpustakaan dan kesusasteraan dibawa oleh orang India.

Contoh : agama, syurga, neraka, dosa, bakti, manusia, udara, cuaca,
negara, keluarga, raja, bendahara, kuasa, duli, beta, istana,
pustaka, tentera, cerita, harga, kota, desa, merdeka, kerja

3.2. Perkataan pinjaman dari bahasa Arab

Untuk bahasa Melayu,dikatakan pengaliran masuk perkataan bahasa Arab
beserta kedatangan agama Islam merupakan peristiwa yang sama penting
dengan pengislaman kerajaan Melaka dalam sejarah dunia Melayu.

Melalui proses peminjaman dari bahasa Arab,perubahan leksikal
dilakukan sama ada kata umum mahupun istilah. Setelah agama Islam
disebarkan ke seluruh dunia Melayu,bahasa Melayu bukan sahaja menjadi
bahasa pengantar bagi bidang pendidikan dan pengajian tinggi tetapi
juga bahasa umum di Nusantara. Oleh itu kebudayaan Islam memberi
pelbagai pengaruh yang penting kepada masyarakat Melayu.

Sifat yang didapati oleh penganalisa tentang golongan perkataan dari
bahasa Arab adalah seperti yang berikut. Kebanyakan kata pinjaman
dari bahasa Arab terdiri daripada tiga kategori seperti “konsep
berdasar ilmu Islam”(pandangan dunia,nilai moral,undang-
undang,upacara dll),”perkembangan perniagaan” dan “peningkatan
sains,kesusasteraan dan seni”. Terutamanya,perkataan Arab boleh
dijumpai dalam golongan kata umum yang bermaksud hubungan antara
Tuhan dan manusia,perniagaan dan upacara sebagai
kelahiran,perkahwinan,pemakaman dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan, perkataan-perkataan tersebut telah sebati dalam
kehidupan harianan dan menggambarkan jiwa bangsa dunia Melayu.

Contoh : adat, dunia, masjid, salam, ulama, masyarakat, syarikat,
musim, ilmu, khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid, nafu,
hikayat, sejarah, riwayat, kisah

3.3. Perkataan pinjaman dari bahasa Parsi

Ketika pedagang Parsi berkunjung ke Dunia Melayu lebih 800 tahun
lalu,mereka membawa pelbagai pengaruh yang kesannya masih tinggal
sehingga kini.

Salah satu kesan yang bekekalan merupakan agama Islam yang tersebar
di seluruh Nusantara.Selain daripada itu,pedagang Parsi juga membawa
kesusasteraan mereka dan memperkenalkan penggunaan tulisan jawi
kepada orang Melayu.

Kesannya terdapat dalam bahasa Melayu di mana perkataan yang
mempunyai asal-usul dari bahasa Parsi digunakan dalam percakapan
seharian.

Contoh : bandar, dewan, domba, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala,
nobat, pasar, nakhoda, saudagar, pahlawan, jam, serunai

3.4. Perkataan asal dari bahasa Portugis

Orang Portugis menduduk Melaka selama satu abad sejak dari tahun
Masihi 1511. Berkaitan hal ini pengaruhnya boleh ditemui dalam
beberapa perkataan yang diambil dari bahasa Portugis ke dalam bahasa
Melayu.

Melalui analisa kata-kata tersebut,kita boleh mengagak hubungan
antara masyarakat Melayu dan orang Portugis pada masa itu dan ia
boleh dibahagikan kepada tiga bidang iaitu “kedatangan barang-barang
Eropah dari Portugis”,”kedatangan agama Kristian” dan “tenaga tentera
Eropah”.

Latar-belakang perkara tersebut, zaman itu orang Portugis berminat
untuk menguasai perniagaan di antara India dan Nusantara tetapi
kuasanya tidak kuat untuk memerintah seluruh dunia Melayu.Oleh sebab
itu pengaruhnya kepada masyarakat Melayu tidak sampai ke jiwa bangsa
dan ia hanya membawa masuk barang dan ilmu dari Eropah sebagai
perkara baru.

Contoh : almari, bendera, meja, boneka, garpu, keju, kemdeja, sepatu,
tinta, gereja, paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, bomba

3.5. Perkataan pinjaman dari bahasa Cina,Tamil dan Hindi

Kedudukan Dunia Melayu strategik sebagai pelabuhan transit di jalan
perkapalan antarabangsa di antara India dan China sejak masa
lampau.Oleh sebab itu ramai orang berpindah dari dua negara ke
kepulauan Melayu,khususnya di Semenanjung Tanah Melayu. Pada abad ke-
19 ramai orang Cina dan India dibawa masuk ke sana sebagai tenaga
buruh di kawasan perlombongan dan estet.

Akibat perkara itu,perkataan berasal dari bahasa Cina,Tamil dan Hindi
telah dibawa oleh imigran ke sana. Unsur-unsur perkataan yang
tergolong dalam kategori ini boleh ditemui dalam bahasa Melayu
sekarang.

Berdasarkan analisa tentang perkataan tersebut, ketengahannya
bermaksud makanan-makanan dan barang-barang hidup harian yang berasal-
umbi budaya masing-masing tetapi ia sudah menyerap di dalam
masyarakat Malaysia walaupun kata-kata ini masih ada ciri-ciri budaya
mereka sendiri.Pendek kata ia menetap dalam bahasa Melayu dari segi
kebendaan bukan kerohanian.

Perkataan itu menjadi sebahagian dari kehidupan harian dan sudah
sebati di kalangan masyarakat Malaysia sebagai unsur budaya umum
meskipun ia dibawa masuk oleh imigran dari negara berasingan.

Contoh : Bahasa Cina : angpau, beca, cawan, dacing, pecai, samseng,
sempoa, tauge, tauhu, tauke, toko, tukang, tong, teko, mi, tocang

Bahasa Tamil : batil, kari, manikam, kapal, tirai, badai, tose,
cerpu, katil, perisai, talam, pingga,

Bahasa Hindi : acar, bakdul, kunci, dobi, lada, marmar, neraca,
pateri, roti, tala, topi

3.6. Perkataan pinjaman dari bahasa Inggeris dan Belanda

Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi banyak pengaruh
kepada masyarakat Malaysia.

Salah satu pengaruh yang penting ialah penyerapan penggunaan bahasa
Inggeris dalam masyarakat Malaya,sebagai bahasa
pentadbiran,perniagaan dan pendidikan.

Dengan analisa perkataan ini,sifatnya boleh didefinisikan bahawa
perkataan bahasa Inggeris dimasukkan dalam bahasa Melayu sejak zaman
penjajahan sampai sekarang terutamanya dalam bidang sains dan
teknologi.

Kata pinjaman asal dari bahasa Inggeris boleh digolongkan kepada dua
bidang iaitu “istilah politik,ekonomi dan akademik moden” dan “nama
barang industri,letrik dan teknologi tinggi”.

Sebaliknya, orang Belanda menjajah Indonesia setelah mereka
meninggalkan Melaka pada 1924 Masihi. Oleh itu orang Belanda juga
memberi perkataannya kepada bahasa Indonesia dan sifatnya digolongkan
dalam bidang yang hampir sama dengan perkataan dari bahasa Inggeris
dalam bahasa Melayu.

Tetapi agaknya kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Belanda dalam
Kamus Dewan merupakan kata Belanda yang dipinjam melalui bahasa
Indonesia. Oleh sebab perkataan itu dilabel IB(Indonesia Belanda)
dalam Kamus tersebut.

Contoh : Bahasa Inggeris : akaun, arkitek, elektronik, faktor, filem,
gobenor, kabinet, hidrogen, insurans, motosikal, parlimen, stesen,
teknologi, paip, sains, kamera, radio, satelit, taksi, virus, wayarles

Bahasa Belanda : akademikus, debitur, ekonomis, introdusir, invalide,
kubus, langdros, komponis, mester, otobis, percis, supremasi, nol,
mebel, marsuse, bangkir, pigmen, rektor, studen, universitas

3.7. Perkataan pinjaman dari bahasa serumpun di kepulauan Indonesia

Bahasa Melayu telah berkembang dan diguna sebagai “Lingua Franca” di
Dunia Melayu sejak masa lampau.Oleh yang demikian, kita boleh menemui
banyak perkataan bahasa serumpun di kepulauan Indonesia terutamanya
dari Jawa dan Sumatra.Kerana aliran masuk kata-kata dari bangsa-
bangsa serumpun di sana kerapkali dilakukan terhadap bahasa Melayu.

Khususnya berhubung dengan akibat bahawa ramai petani berimigrasi ke
Semenanjung Tanah Melayu dari Jawa dan Sumatra, perkataan dari bahasa
Jawa dan Minangkabau dapat dijumpai lebih banyak dari kata-kata
bahasa lain dari kawasan tersebut dalam bahasa Melayu. Kalau
dianalisa sifatnya,perkataan tersebut agaknya sudah menyerap sebagai
sebahagian unsur bahasa Melayu sekarang dan kebanyakannya ialah kata
yang bererti mengenai alam,pertanian,makanan,haiwan,nama keluarga
diraja,adat-istiadat dan sebagainya yang berdasarkan adat dan
kebudayaan daerah masing-masing di kepulauan Indonesia.

Dalam jumlah kata tersebut,bahasa-bahasa pertuturan di pulau Jawa
(bahasa Jawa, Jakarta Melayu dan Sunda) melebihi dari 50 peratus.
Berikutnya ialah bahasa-bahasa Sumatra(bahasa Minangkabau,Aceh,
Palembang dan Padang). Di samping itu perkataan dari bahasa Bali
terdapat dalam Kamus Dewan. Ia bermaksud adat-istiadat Bali yang unik
di Indonesia.

Contoh : Bahasa Jawa : alu, ani-ani, banjir, bengawan, kuno, lahar,
omong, perabot, ratu, sapi, tempe, wisma, warga, gotong, lontong

Bahasa Minangkabau : acak, alimbubu, bagar, bako, bancah, gerai,
kacang, kelumun, kila, limbubu, mumuk, pondik, rumbing, satir, toboh,
uda

Bahasa Jakarta : bandot, bisa, bancet, genit, gerontang, jamur,
jejaka, majikan, ngah, nini, pelan, rebon, tangar, urik, yuyu

Bahasa Sunda : akang, balong, dodol, jaat, kantih, molor, oncom,
peser, pincut, takol, tahapan, timburu

Bahasa Palembang : anggan, cengih, kekas, panjing, perepat, sandang,
welasan

Bahasa Aceh : bangta, rudus

Bahasa Bali : lebu, pedanda, senteng

Bahasa Padang : marah

3.8. Perkataan pinjaman dari bahasa Jepun

Perkataan yang berasal dari bahasa Jepun terdapat sedikit dalam Kamus
Dewan. Kebanyakannya ialah perkataan yang diguna pada zaman
pendudukan Jepun dan juga kata yang bererti benda-benda tradisi dan
moden dari Jepun yang terkenal di dunia. Tetapi sesetengah perkataan
ini jarang digunakan.

Contoh : ginko, harakiri, heiho, jibaku, judo, kanji, kimono, kokang,
romusya, sake, samurai, syogun, taiso, takeyari

3.9. Perkataan pinjaman dari bahasa lain

Perkataan yang memasuki dari bahasa lain yang boleh ditemui ialah
bahasa Latin,Turki,Rusia,Perancis,Sepanyol,Korea dan Thai.Bilangannya
sangat sedikit.

Contoh : Bahasa Latin : ad, interim, ibid, status quo

Bahasa Turki : aga, bokca, efendid

Bahasa Rusia : czar, taiga, vodka

Bahasa Prancis : kelonyor

Bahasa Sepanyol : selva

Bahasa Korea : tae kwan do

Bahasa Thai : wat

4. Penutup

Dari analisa tersebut,peratusan unsur perkataan bahasa luar dalam
bahasa Melayu ialah 35 peratus.Adakah kadar itu tinggi atau rendah
berbanding dengan bahasa-bahasa lain? Soalannya ia tidak begitu
tinggi.Kerana proses peminjaman leksikal berlaku pada setiap bahasa
ketika pertembungan beberapa bangsa terjadi melalui proses
globalisasi.Biasanya apabila sesuatu bidang ilmu dikuasai oleh
penutur bahasa tertentu,maka kumpulan bahasa lain akan meminjam kata
yang berkaitan dalam bidang itu.

Misalnya,dalam bahasa Inggeris terdapat hampir 65 peratus perkataan
yang mempunyai asal-usul bahasa Latin,Greek dan lain-lain.Sebahagian
kosa kata bahasa-bahasa Eropah pula terdiri daripada bahasa Latin dan
Greek.Tambahan lagi, sekiranya analisa leksikal bahasa Jepun,terdapat
juga hampir 40 peratus perkataan yang mempunyai asal-usul bahasa Cina
dan 10 peratus berasal dari bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris.

Tetapi,sama dengan bahawa orang Eropah tidak menyedari perkataan yang
berumbi bahasa Latin dan Greek sebagai kata pinjaman,bagi orang
Melayu,perkataan berasal dari bahasa Sanskrit dan Arab merupakan
disedarkan bukan perkataan pinjaman tetapi unsur perkataan berakar
umbi bahasa asing yang sudah menetap dalam bahasa Melayu.

Hal yang pentingnya ialah cara untuk definisikan erti peminjaman
leksikal tetapi ia sukar ditetapkan.

Kata-kata pinjaman itu mencerminkan bahawa pengaliran dan pertukaran
orang dan juga penyebaran dan peminjaman kebudayaan yang berlaku di
kawasan ini.

Dengan konteks tersebut,kertas kerja ini cuba menjelaskan sifat
tentang unsur-unsur perkataan bahasa asing dalam kosa kata bahasa
Melayu dan perubahan tamadun Melayu melalui proses peminjaman
leksikal pada bahasa sendiri.

Perkataannya boleh digolongkan mengikut sifat dan peranannya dalam
bahasa Melayu masa kini.

Yang pertama ialah perkataan yang berakar umbi dalam masyarakat
Malaysia sebagai konsep kebudayaan dan kerohanian rakyat di negara
itu terutamanya bagi orang Melayu. Kebanyakannya tidak disedari
seperti perkataan yang dipinjam dari bahasa luar dan ia diguna dalam
percakapan seharian dan juga dalam bidang pendidikan,pengajian tinggi
dan media massa. Kumpulan itu termasuk bahasa Sanskrit,Arab dan Parsi.

Yang kedua,perkataan yang digunakan sebagai kata yang menyatakan
budaya dan benda yang sudah dimalaysiaan(Malaysianized) yang dibawa
oleh orang yang bertutur bahasa Cina,Tamil,Hindu dan
Portugis.Kebanyakannya boleh dikelaskan sebagai perkataan yang
bererti makanan,barang,adat,agama,ilmu yang berasal dari budaya
bangsa masing-masing.Seperti yang demikian, kumpulan itu terdiri
daripada bahasa Cina(kebanyakannya dari dialek Hokkien),Tamil,Hindu
dan Portugis.Tentang bahasa dari bangsa India,berbanding dengan
bahasa Sanskrit,bilangan perkataan Tamil dan Hindi sangat sedikit.

Perkataan dari serumpun kepulauan Indonesia agaknya terletak di
tengah antara golongan yang pertama dan kedua.

Selain daripada itu, terdapat perkataan yang baru dibawa masuk ke
dalam bahasa Melayu dan sering digunakan untuk menyatakan khususnya
konsep moden dan istilah sains dan teknologi tetapi ia tidak berumbi
dalam masyarakat Malaysia.Kumpulan itu mengandungi perkataan yang
dipinjam dari bahasa Inggeris dan Belanda.Terutamanya perkataan
bahasa Inggeris digunakan dalam istilah akademik dan sains yang
diambil dari Eropah dan bilangannya masih bertambah dengan pesat
dalam bidang tersebut. Ini adalah kerana banyak istilah bidang sains
dan teknologi disebarkan oleh media massa bahasa Inggeris ke seluruh
dunia pada masa ini.

Melihatkan itu,istilah bahasa Inggeris agaknya akan menduduki
sebahagian besar dalam kata pinjaman dalam bahasa Melayu tetapi ini
tidak akan berlaku.Kerana perkataan tersebut diterima untuk menunjuk
konsep baru,istilah sains dan bidang popular,oleh sebab itu agaknya
ia mudah dihapuskan apabila perkara yang lebih baru dan maju muncul
dan diambil masuk ke dalam bahasa tertentu pada masa hadapan.

Setiap bahasa di dunia menyaksikan sejarahnya di setiap masyarakat
dan kawasan yang menuturkannya sebagai bahasa rasmi atau bahasa
pengantar.Dengan konteks ini,analisa unsur-unsur perkataan pinjaman
dari bahasa asing ke dalam bahasa Melayu bukan sahaja menyambungkan
pembentukan miniatur sejarah Dunia Melayu malahan juga membantu
memahami dinamik sifatnya bahawa agak luas untuk menerima pengetahuan
dan ilmu yang baru dari luar untuk perkembangan ekonomi dan
membangunkan negara sendiri dari dahulu hingga sekarang.

Sesungguhnya tidak ada satu budaya dan bahasa tertentu yang terbentuk
daripada unsur asli sesuatu bangsa di seluruh dunia.Semuanya terhasil
melalui proses pertembungan manusia dari satu tempat ke satu tempat
lain.

Dengan konteks ini,bahasa Melayu pun salah satu hasil itu tetapi
disebabkan pertukaran kebudayaan Timur dan Barat berlaku di kawasan
ini, bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang sangat unik.

Dunia Melayu merupakan wadah tumpuan pelbagai bangsa Asia dan
Eropah.Bahasa Melayu pun mempunyai unsur-unsur perkataan yang berasal
dari pelbagai negara dan bangsa dari sana. Perkara itu membuatkan
penyelidikan bahasa Melayu sangat menarik bagi para penyelidik dan
pelajar bahasa,kesusasteraan dan kebudayaan Melayu dan juga
menjadikan bahasa Melayu salah satu bahasa yang penting atau berharga
untuk dikaji oleh para sarjana di seluruh dunia.

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Bahasa,
Sastera dan Budaya Melayu di York Hotel Singapura, pada 17-18 Julai
1998, anjuran Institute Pendidikan National, Universiti Teknologi
Nanyang, Singapura.

Biblografi

Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989,1994.

Kamus Baru Bahasa Melayu. Koa Kyokai, Aikoku Shinbunsha Press. 1941.

Kamus Besar Bahasa Indonesia. Departemen Pendidikan dan
Kebudayaan,Balai Pustaka. 1993.

Kamus Standar Bahasa Indonesia-Jepang. Dian Rakyat. Universitas
Nasional.1995.

AMRAN Kasimin. Arabic words in the Malay vocabulary(a critical study
of existing Malay dictionaries). Kuala Lumpur. Universiti Kebansaan
Malaysia. 1976.

BARIED,Siti Baroroh. Bahasa Arab dan perkembangan Bahasa Indonesia.
Denpasar. Fakultas Sastra,Universitas Udaya. 1982.

BEG,Muhammad Abdul Jabbar. Arabic loan-words in Malay : a comparative
study. Kuala Lumpur.Universiti Kebangsaan Malaysia. 1982.

BEG,Muhammad Abdul Jabbar. Persian and Turkish loan-words in Malay.
Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1982.

BEG,Muhammad Abdul Jabbar. Indo-Sanskrit loan-words in Malay. Bangi.
Universiti Kebangsaan Malaysia. 1981.

FATIMAH Faiman. Unsur-unsur Bahasa Melayu dalam Bahasa Jawa. Bangi.
Pengarang. 1974.

GONDA,J. Sanskrit in Indonesia. Nagpur. International Academy of
Indian Culture. 1952.

GRIJNS,C.D. European loan-words of origin in Bahasa Indonesia and
traditional Malay. Leiden. KITLV. 1983.

JONES,Russel. Arabic loan-words in Indonesian. London. School of
Oriental and African Studies. University of London. 1978.

MAXWELL,William Edward. A mannual of the Malay language with an
introduction sketch of the Sanskrit element in Malay. London. Kegan
Paul,French,Trubner. 1902

MOHAMMAD Abdullah,Sh. Pengaruh Bahasa Arab di dalam teks Sejarah
Melayu. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1982.

MUHAMMAD Said.Hj.Sulaiman. Guguskatan Parsi,Portugis,Belanda dan
Tamil dan juga lagak Kedah. Johor Baharu. PBMPB di Raja. 1940.

POEDJOSOEDARMO,Soepomo. Javanese influence on Indonesian. Ann Arbor
(Michigan). University Microfilm. 1987.

van RONKEL. Mengenai Pengaruh tatakalimat Arab terhadap tatakalimat
Melayu. Jakarta. Bhratara. 1977.

Allah in my heart...

Allah in my heart...